Lelaki Minum Minyak Tanah / Gasolin Selama 42 Tahun Sebagai Ubat




Chen Jejun tinggal berseorang di sebuah pondok usang di wilayah Shuijiang China. Dia terkenal di kamungnya sebagai seorang yang mempunyai tabiat luar biasa iaitu meminum gasolin. Setiap bulan dia akan minum lebih kurang 3-3.5 liter gasolin untuk melegakan sakit2 di badannya.


Dia mula mempunya tabiat yang pelik nie pada tahun 1969 apabila dia diserang batuk yang teruk dan sakit di dadanya. Dia mencuba pelbagai ubat tetapi tidak berkesan, kemudian ada orang2 yang lebih berusia menyatakan dia berkemungkinan mengidap penyakit "tuberculosis" dan boleh mencuba minum minyak tanah untuk melegakannya.

Selepas meminum minyak tersebut, dia mengalami sakit2 di perut dan pergi tidur. Satu jam selepas tue, dia bangun dan mendapati batuk dan sakit dadanya telah sembuh. Sejak itu dia mula meminum minyak tanah untuk melegakan sakitnya.

Pada tahun 2001, dia bertukar kepada gasolin kerana lebih mudah didapati di kampungnya kerana penduduk menjadikan gasolin sebagai bahan bakar generator. Doktor yang melawatnya baru2 nie menyesahkan dia dalam keadaan sihat, doktor menyatakan bahawa tubuh badan Chen Jejun mungkin telah mengeluarkan antibodi untuk mencegah gasolin tadi daripada merosakkan sistem tubuh badannya.

Cerita nie ada kat dalam China Daily, tapi korang jangan cuba buat macam atuk ni pulak sebab dia sorang ja yang boleh hidup kalau minum gasolin. Kalau orang lain dah lama mati dah kalau minum gasolin walaupun sikit.



3 comments.. read them below or add one

Acik Acik July 15, 2011
itu ler ... rasanya kalau minum gasolin ni konpem out terus! huh, bahaya tu!
Farid bin Aspar Farid bin Aspar August 04, 2011
Manusia ni, macam-macam ada, ada suka makan sabun, ada suka makan ubat nyamuk, ni plak suka minum gasolin? adoii... hebat betul... dah imun dah nie... agaknya la...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.