Kereta terbaru BMW dalam Mission Impossible



LOS ANGELES - Siri keempat filem aksi Mission Impossible yang dibintangi oleh aktor Tom Cruise akan memaparkan penggunaan kereta mewah dan berteknologi tinggi, sebuah kereta BMW i8.
Syarikat automotif BMW telah mengesahkan bahawa kenderaan futuristik i8 hibrid elektrik diesel itu buat pertama kali akan muncul dalam filem tersebut.




Paparan treler filem Mission Impossible: Ghost Protocol menunjukkan kereta BMW i8 tiba di Hotel Ritzy, Dubai iaitu lokasi penggambaran filem itu manakala pelakon pembantu, Paula Patton dengan penuh bergaya keluar dari bahagian penumpang.
Kereta BMW i8 yang berharga AS$160,000 (RM481,679) memberikan pemanduan penuh dengan gaya hebat.
Cruise memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem tersebut.
"Jika anda adalah perisik Ethan Hunt, kenderaan ini sememangnya sesuai di sisinya. BMW i8 menjanjikan kelajuan dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh lima saat.
"Kereta itu dikuasakan dengan 328 kuasa kuda diesel-elektrik yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 249.45 kilometer sejam manakala bahan api pula 100.58 kilometer untuk 3.78 liter. Dalam erti kata lain, ia merupakan kenderaan perjalanan jauh yang sempurna," jelas pihak BMW. - Agensi

Sumber:Kosmo

2 comments.. read them below or add one

Faiz Faiz July 02, 2011
hrp2 berbaloi la dgn pulangan yg dorg dpt..hehe..neway thanks ya sbb follow blog sy..sy dah msukkan blog ini di ruang followers 3 di blog sy..=)
PenDekAr LauT PenDekAr LauT July 02, 2011
pehh.. Dpt sebiji pun ok ni...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.