Tension? Stress?

Mak rasa semua orang yang menyebut 'tension ',  adalah sebenarnya mereka memaksudkan 'stress' kerana daripada gaya luahan yang mak dengar dan mak sendiri alami adalah tindak balas emosi kita bila mengalami tekanan berlebihan.
             

Stress tu bukan lah penyakit tapi
boleh menjejaskan kesihatan kita bila berlaku dlm jankamasa yang lama dan bertimpa-timpa pula banyaknya.
http://3.bp.blogspot.com/_ltikqe_Pivo/TCrL2nbY_GI/AAAAAAAAAFA/m0Knpy6JdHc/s320/murung.jpg Kita berasa stress bila kita tiada kemampuan , sumber atau  cara untuk memenuhi kehendak  diri.
Stress yang kronik menyumbang ke arah kemurungan.  Eee..ini bukan lah perkara yg  menyeronokkan! 
Jika dibiarkan  kemurungan boleh  membawa kepada migrain,insomnia (payah tidur) , ulser,  sakit belakang dan lagi teruk,  bunuh diri !  Nauzubillah hi minzaalik! 
Mintalah diri mak dan anak-anak semua dihindarkan dari perbuatan ini, tak bau syurga langsung....
Selain dari itu stress juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung,  dan lagi dahsyat ialah kanser! 
Jadi, jangan biarkan diri kita dikerumuni stress, ambillah langkah-langkah awal  spt bertenang.  Jangan fikirkan sangat bebanan yg diterima. 
Mesti ada yang cakap  mak senanglah cakap bertenang tapi macamanakan?   Ya... paling senang dengan berzikir.
Berzikirlah dengan penuh penghayatan ... 
http://cmimems.files.wordpress.com/2008/06/sequance-solat.jpgBersolat juga cara yang baik untuk menenangkan fikiran. ada solat fardhu, ada solat sunat dan sujud syukur,  bersyukur ada udara Allah bagi untuk kita bernafas.
Lakukanlah solat degn pengahayatan , jangan kalut2               

Bertindak positive dgn meyakini diri kita boleh melakukannya,  elak dari memikirkan perkara buruk.  Elak dari memikirkan sesuatu masalah dengan mendalam, nanti runsing bertambah2.
Tidur kena cukup,  bangun pagi otak segar, barulah dpt fikir jalan penyelesaiannya.
Dapat buat aktiviti fizikal spt bersukan, bersenam, berkebun  lagi bagus.  Selalunya bila stress rasa tak boleh nak buat benda lain dah. Cuba ubah, rasa lebih tenang tau... Mak selalunya siram pokok bunga ja ..sambil pelan2 berzikir,  pokok pun pandai berzikir.....
Boleh? InsyaAllah...

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.