Persoalan tentang jerawat

http://4.bp.blogspot.com/-oh5A0iM62Uo/TX3cwco3GHI/AAAAAAAADLA/INDeCYC7k6Q/s1600/jerawat.jpgLama tak melawat info kesihatan,  teringatlah mak akan masa muda-muda dulu muka mak berjerawat, sekarang dah tak ada tapi parutnya masih ada. Jadi nak tau lah jerawat dari sudut kesihatan. Dulu maklumat jerawat hanya dari iklan-iklan pencuci muka dan ubat jerawat saja. Mak berubat jerawat antaranya menggunakan  pencuci muka dan akhir sekali berubat resdung dengan homeopathy. 


Alhamdulillah dah tak ada jerawat sejak umur 22 thn. Jom kita baca mungkin ada apa-apa yang dapat bantu anak-anak dlm menangani masalah ini.
 Bagaimana jerawat boleh terjadi?

Jerawat terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)
Adakah jerawat disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?
Ha..ini merupakan satu mitos.Jerawat tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.
http://3.bp.blogspot.com/-91EuSfpouRc/TVynkS7n0LI/AAAAAAAABTU/OMTgirkJpnY/s1600/jerawat.png
Apakah rupa jerawat?
Terdapat beberapa jenis jerawat iaitu :
  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
  • Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut
                                              
 Apakah yang menyebabkan jerawat semakin teruk?
Antara perkara yang boleh mengakibatkan jerawat semakin teruk adalah:
  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium
Siapa yang boleh mendapat jerawat?
Jerawat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat jerawat pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah jerawat, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat jerawat?
Jerawat yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine
Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?
Jika jerawat bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk jerawat yang sederhana.
  • Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  • Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
Bagi jerawat yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
  • Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
Adakah jerawat boleh meninggalkan parut?
Jerawat yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali jerawat tersebut dicungkil atau dipicit.Jerawat yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

Bolehkah parut jerawat dirawat?
Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing            
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
Bolehkah saya mencegah jerawat?
Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal jerawat melalui:
http://cenya95.files.wordpress.com/2008/07/sayur.gif
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan                         
  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi




 Rujuk : Info Sihat http://www.infosihat.gov.my

5 comments.. read them below or add one

farahin nasir farahin nasir June 08, 2011
assalamualaikum..

rsanya dlm bnyak2 petua tuh, ceq nak pilih yang kurangkan stress tu lah.. buru tak kuaq jerawat kan???

hahahaa.. :)

i do follow u..
so plz wat entry2 best lg eh.. hee..
:)
shiema sufian shiema sufian June 08, 2011
alaaaaaaaa. tataw dah cane nk kurgkn. dah buat mcm mcm. same jugak.
jomla join contest kite :)
Lulu caldina Lulu caldina June 09, 2011
Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)
アヌム ちゃん アヌム ちゃん June 09, 2011
Salam.singgah baca2 sini~
sudi2 la baca my new entri di frommetoyou
Arigatou (^____^)
アヌム ちゃん アヌム ちゃん June 09, 2011
Salam.singgah baca2 sini~
sudi2 la baca my new entri di frommetoyou
Arigatou (^____^)

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.