Haiwan pun sayangkan anaknya...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e0/MonkeyForestMotherAndChild.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-rYdY4WurfJY/TXR4ZVZPToI/AAAAAAAACQI/3hZ0jtzRPEc/s1600/unlucky_duck-001.jpg



Baby haiwan macam baby manusia juga bila baru lahir tak tau nak buat apa.  Mereka boleh mati kelaparan dan kesejukan serta terdedah kepada ancaman musuh.   Perlindungan ALLah s.w.t menetapkan bahawa haiwan-haiwan dewasa akan memerhatikan yang kecil dengan segala bentuk pengorbanan....

   
              Mereka dianugerahkan naluri untuk menyelamatkan anak-anaknya dengan membawa lari ke tempat yang aman. Jika mereka tidak mampu, mereka akan bertindak menjadi buas dan ganas terhadap pengancam.  Burung dan kelawar menyerang pengancam yang mengganggu anak2 mereka.
Sekawanan keldai liar, serigala dan kuda belang akan membahagi peranan antara mereka untuk melindungi anak2 dan serigala  mengusir pengancam degn gagah berani.
   

http://3.bp.blogspot.com/-yOr7p0n4pwk/TZwbJb-paQI/AAAAAAAAAKU/EahHCCbyhcM/s1600/giraffe-tall.jpg              Zirafah pula melindungi anak dibawah perutnya dan menendang musuh dgn kedua2 kaki depannya.  Rusa  menggunakan cara penyamaran warna tubuh anaknya yg kelabu berbintik putih di dlm semak, dia akan berada tidak jauh sambil mengawasi. Rusa hanya akan menghampiri anaknya bila masa menyusu, sehingga anaknya dpt hidup berdikari




http://2.bp.blogspot.com/_iBsViEMEuRo/S-BKwclmveI/AAAAAAAAAHM/yFzkN1ZWiF4/s1600/burung.jpgAda burung yg meniru desisan ular untuk menakut-nakutkan musuhnya, ada yg mengeluarkan suara kasar sambil mengepak-ngepakkan sayapnya seperti sedang bergaduh!  Ada pula yg menyelinap terbang jauh dari sarang dan menjatuhkan badannya dan memukul-mukul sayapnya ke tanah dan berlakon memohon pertolongan. Bila musuh menghampiri, ia terbang menjauh , berjaya! kerana dpt mengalihkan musuh daripada anak2nya. dan banyak lagi...ada yg sampai mengorbankan diri tuk menyelamatkan anak2nya.

Ibubapa kita (manusia) pun sama, pelbagai usaha dilakukan utk keselamatan anak-anaknya, dipasangkan gril, cctv, pengawal keselamatan, atau mengusung anak-anak , dlm dukungan la sambil buat kerja, semuanya nk memastikan anak2nya selamat.  Untungnya kita ni dianugerahkan Allah akal, yg bila besar nanti boleh balas balik jasa ibubapa, atau setidak-tidaknya dgn menjaga anak2nya seperti mana dia dijaga semasa kecil....
http://4.bp.blogspot.com/_aObFLS4rOBU/THJ6giSV30I/AAAAAAAAB-A/IHvJUi3bc4A/s1600/bayi2.jpg
Insaflah !!...jika tak mampu membela anak kerana malu atau tiada duit, serahkan pada orang lain, masih ramai sangat yg mengimpikan anak tapi tak dapat.
Janganlah ada lagi yg buang anak, jangan buang anak!

Kesian nabi kita Nabi Muhammad s.a.w yg tinggalkan kita dgn panduan hidup terus daripada Allah dan hadis2nya ...jangan sia-siakan...kita nk hidup bukan lah lama sangat....nanti tak tertanggung di akhirat.....sama-samalah kita sedari, nasihati, perbetulkan masyarakat kita ...supaya kita tak termasuk golongan jahiliyyah..nauzubillah himinzaalik.

1 comment... add one now

muz muz June 25, 2011
sesungguhnya allah telah menjadikan manusia makhluk yang hebat dan janganlah kita menjadi manusia keji yang lebih keji dari haiwan...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.